Followers

Sunday, October 4, 2015

Belum jodoh atau bukan jodoh?

20 September 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME :)


Tahun ni sambut besday dgn airmata. Fobia betul. kenapa time besday jgk dye nak buat silap mata chipsmore dia. haish! itsokey mungkin belum jodoh. atau boleh jadi bukan jodoh. hmm. sabarlah wahai hati, patah tumbuh hilang berganti kan? :')

Oh Allah,
if he's meant for me and i meant for him,
let us be together through ijabkabul.
if we are not meant to be together,
please avoid us from seeing one another
Amiiin.


"Pegang pada jodoh"


Wednesday, July 8, 2015

BILA CERITA TENTANG MASA DEPAN KITA

8 Julai 2015
KTM, Ipoh
11.30pm *lebih kurang la. tak ingt!


Untuk pertama kalinya sepanjang kita kenal, awak menangis! funny? shikit laaa. sbb iolls pon terrrrmenangis sekali. grr! kita sembang pasal ape eh? oh pasal kita. pasal kita. pasal kita dan kitaaaaa.

oh yea pasal family. tentang family kita. hah time bab tu tetibe ade budak tetibe nagis. huahaha. haa tu la asik buat kita nangis. sekarang part dye, mmg kena bahan laa! kehkehkeh.

kalau benar jodoh, kita survive sama sama eh eh eh? promise? :)




Dah jangan nangis. Hiks


♥ mssn  

Tuesday, March 31, 2015

TEMUDUGA/FIZIKAL PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27

Salam Tahun Baru 2015 :)



Kalau ikutkan dah basi dah cerita nih. Dah masuk tahun baru 2015 baru nak story. haih!
Tapi disebabkan pakat duk tanya, "Cemana interview aritu?" . "Bila keluar keputusan?". Sbb keputusan temuduga haritu dah keluar awal bulan januari nih.

Keputusan : GAGAL

Yea beta gagal. Heyyy tak payah nak besar sgt bijik mata tuh. haha. Berat tak cukup! huahaha.
Bila ingat balik time interview aritu, rasa nk gelak tak sudah. hahaha. Time fizikal lagi dah gagal. huahaha. Seperti yg ku jangka! kehkehkeh.


SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Yup, opkos la excited sesangat dpt interview nih. Tapiiiiiiiiiiiiiii...uniform ! erhh tak minat. 
Ohh yea, bukan beta sorg je yg excited time tuh, sbb officemate beta pon dpt jgk interview nih. Jawatan yg sama tp tarikh interview je tak sama. 
Kalau beta teruja, officemate beta tuh double triple punya excited sbb mmg dye nak sgt jawatan nih. 

Sblm nih dye dpt interview imigresen tapi yg gred 17 . Al-malangnya time dekat2 nak interview tu beliau excident motor, patah kaki. Tp beliau gagahkan diri jgk pg interview tuh siap dgn tongkat dye bawak sekali. Alih2 kena halau balik suruh rest cukup2 kasi kaki baik dulu. Cmne nak kejar pendatang asing kalau kaki cmtuh. Takde rezeki bro. Chill~


Seeeeeeeeeeeeeeeee. Awal2 lagi incik ayah dah tnye, "minat keeeeeeeeee?". HAHA
Sbb zaman sekolah dulu beta lah student yg paling paling terpaling tak minat badan2 beruniform nih.
Tambah2 kena kawad bagai. Oh tidak. Anti betul rasanya.
Kena join kawad utk rumah sukan pusing satu padang je pon beta dah rasa nak meroyan. 
Mula lah rasa nak buat drama pengsan atas padang. KAHKAHKAH. 
ohh yea kenangan buat2 pengsan masa polibriged kt politeknik dulu takkan ku lupa. wakaka

oke sambung balik cerita. haha.
So boleh kata peratusan utk interview nih 1% je rasa nak pergi. Lagi 99% mmg takde niat nak pergi.
Tambah pulak ada ujian fizikal bagai. Mmg dah rasa tak lepas ujian fizikal nih. Tp ada org tuuu kata cenni, "pg je dulu. dapat tak dapat belakang cerita. atleast dpt pengalaman cemana interview tuh".

Dgn itu beta pon gagah la mintak pelepasan dari boss semua segala bagai.
Mmg semua benda last minit. Padan muka!

Jadi awal-awal pagi lagi beta dah buat-buat semangat pergi interview tuh. Oke dengar sini semua rakyat jelata, beta nak habaq nih. Sila datang awal yea kalau taknak jiwa kacau. Datang setengah jam awal pon takpe, atleast boleh lah korg prepare ape yg patut. Mcm beta siap boleh main test mata lagi, baca nombo plat keta yg ada kt situ. HAHAHA takde keje! Pastu pagi tuh siap sempat singgah mamak bedal nasi sepinggan. Ciss, tetap tak lepas jgk BMI. Wakaka

Macam biasa la, mula2 nanti kena daftar pastu amik nombo giliran utk ujian fizikal dulu. beta dpt nombo 7 time tu. Itupun dah gabra habis dah. Sbb bila ko tgk calon2 yg sebelom ko tu, boleh kata mcm2 reaksi ade bila diorg keluar dr bilik ujian fizikal tu. Dan bg beta ada dua reaksi je time tu, kalau yg kelua tu muka sengeh2 mcm kerang busuk tu maknanya tak lepas lah tu! Sbb kalau ko lepas ujian fizikal tuh, ko hingat ko boleh burgembira? Tidak okeh. tidak! sbb lepas tu ko kena hadap interview dgn pegawai spa pulak.

So utk pengalaman dari beta, beta boleh story sampai ujian fizikal je. sbb awai2 lagi dah kena halau balik. cikeding sangat. so dgn itu sila pg gym sado kan diri anda dan cuba next time yea cik solehah. huahaha.


- Bisikbisik : Officemate beta lepas ujian fizikal dgn interview. Nanti beta story pengalaman dari beliau. okeh? *tak janji* hiks -

Wednesday, February 13, 2013

SAYA NAK POWERBANK !

assalamualaikum :)

tadi,
beta ter'usha satu pic yg naik kt home insta beta.
lynda_roslan
siapakah beliau? 
beliau model ronasutra.
beliau juga ex-model radiusite.
oke takde masa nk buat iklan. haha
straight to de point, tajuk asal.



pic ni lah yg naik kt home insta i. terusss terbeliak mataa i u'olls tau. 
yellow~ yellow ~ melting! 
help meeeeee, mne nak cari powerbank comel giler nih!
yes, im addicted wit yellow calour. auwmmm~ haha

beta mmg tgh mencari powerbank. tp still noob, sbb tatau kalau for iphone better yg brape mAh.

so mintak jasa baik kalian mne yg tau bolehlah share2 dgn beta okes?
pakai smartphone takde powerbank ibarat ikan paus yg sesak nafas sesat atas darat.
erkkk? peribahasa apakah? haha.

yelaaaa, kelua dating ke, hangout memane or travel jejauh mmg payah ohh kalau takde powerbank nih. sesak nafas, otomatik tak cukup oxygen tambah2 bile bateri dah kaler merah lampu liplap2.
yeess, i pon die jgk lah jawabnye! pastu charger car lah yg jadi mangse. sampai berebut rebut kadangtu.serius! boleh berbunuh woooiih. haha




ahhhhhhhhh comel giler! geram ! tolonglah pahamm.
really2 in luv wit bendalah kuning nih! byk kaler, tp nak kaler kuning jgk! tak kireeeee !

Monday, September 10, 2012

MUARA HATI

Assalamualaikum :)

Hello u'olls.
nak tnye skit ni, best kn lagu kt blog beta ni. *kena ckp best jgk !
sekarang beta tgh angau dgn lagu MUARA HATI nih.
ni semua gara2 drama ADAM HAWA tu lah. haissh !
lagu muara hati nih ost dari  dr drama adam hawa.


cerita adam hawa tu diorg adaptasi dari novel terlaris ADAM HAWA.
serius novel nii best. beta bkn pnggemar baca novel sbb beta sgt tidak gemar membaca. 
dulu time duduk SMKA je beta agak rajin layan novel2 ni sbb kena hasut ngn bebudak hostel. 
haha tu pun kalau diorg ckp best, baru minat nk bace. kalau tidak mmg tak laaa kn nak sentuh novel2 nih. haha

~ SINOPSIS ~
Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.
****************************************************************

tp yg beta tensyenn, cite ni main kt astro. 
beta org misekinn, mne ad astro2 segala bagai ni. sob sobs :'(
haha, dulu ad tp da kena potong sbb bile ada astro semua pakat tanak study. *padan muke!
so beta layan kt tenet jela, tgk onlina. tp sekat2, huh sabaw jelah !
nasib abg AARON AJISZ i yg jadi hero, tu pasal sanggup layan sampai lebam2 mata tak tidur.
haha *taksub! oke tutup cite pasal adam hawa ni.

nak story pasal lagu muara hati ni sebenarnye.
lagu ni 1st song Hafiz berduet dgn Dato CT,
dan dgr cite tu hajat dye dr dulu lg. fuhh tcapai jgk hajat beliau. 
congrats HAFIZ :) *nak signnnnnnnnn :D

jom layan, lirik dye pon not bad. i love dis song. seriusly !
*baju CT dlm vid ni cantek gilersssssss !

MUARA HATI - Hafiz ft. Siti Nurhaliza
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku 
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia 
Ku percaya kemana pun kau berjalan 
Suara cinta menuntunmu kepadaku 
Kerna bila cinta sudah bersemadi 
Takkan terpisah hati   
Korus:
Demi cinta dalam hatimu 
Ku yakin engkau untukku 
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu 
  Hoo uuu.. 
   Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
  Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali  
  [Ulang Korus] 
Demi cinta dalam hatimu 
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu 
Hanya dirimu dan aku 
   Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
 (merasuk dalam hati)
Cinta.

Saturday, September 8, 2012

SAKIT TAK PAKAI BRACES / PENDAKAP GIGI?

Assalamualaikum, hye aweks2 n awaks2 sekalian ;))
Entry kali ni ditulis special utk membe beta sorg nih ELLYNOT ;) ! huha.

Aritu dpt IM kt chatbox dari seorg gadis misteriii. haha. longgg time no see lah broooo, eh silap elly dah sopan santun skng ni. ayuu je beliau skng. haha :D . last beta kelua dari SMKA dulu, da xpenah jmpe minachi ni dah. then jmpe balik pon time kt stesen bus kangar perlis n time kt marina dekat2 nak raya dua tahun lepas kalau xsilap beta. *lama gilooo xcontct dahh. padahal dedulu geng fly outing g ayer tawar togeder gederr time form 2. wahaha :D




Beliau tnye pasal bracess beta. ni mesti gara2 status beta yg latest, | bracess baru. yeyyy~ tp mnyampah confirm kena ulser mulut pastu. grr ! | kan kan ? haha. so entry kali ni beta nak menjawab segala soklan2 pebret yg selalu dah beta dpt sepanjang besi warna-warni nih melekat erat kt gigis beta. masuk kali ni, tatau la elly org yg ke berapa juta puluh ribu kali yg btnye soklan yg sama about MY TOOTHTY. *class x nicknme for my braccieyy :B . HAHA

ANTARA SOALAN-SOALAN FEYMESS ABOUT MY TOOTHTY :-


1. BERAPA EH KALAU NK PAKAI BRACESS ?


Kalau government murah 'sikit' lah dari private. Tp kalau government kena tunggu giliran, so take time sikit la. *banyak sebenarnye =='. sbb diorg akan handle kes2 berat je dulu mcm eksiden ke ronggak ke ape ke. haha. kalau setakat sesaje ngengade nk cantik, mmg nama u'olls duk kt list palinggggggggggggg last. seriusly ! beta buat kt klinik private, DR.FAZLI - PERGIGIAN FAMA. kt klebang restu, ipoh. 

sbb nk tnggu buat kt goverment lama sgt. even incik ayah boleh tlg, sbb ayah keje gomen tp beta still xpuas ati sbb kena tnggu for a longgggggg years. *beta dah kawen ank 5 pon belum tentu boleh pakai =='. total 3500 Ringgit Malaysia. fully 100% duit incik ABDUL NASIR. haha, ilebiu dad ! doctor tu membe baik incik ayah time kecik2 dulu, so i dpt special price ank bestprenn lah kirenyee. hoho (^^,)V

kalau dulu beta try tnye nak buat kt gover, RM800. Tupun sbb incik ayah keje gomen, guna GL. kalau sesape yg parents dye bukan keje gover, tatau lah kena baper riban. *dah mak bapak kau kaya keje private, buat kt clinic private jelahhh. haishh. then ad yg ckp kalau gover, bracess dye takde kaler2.*sape buat kt gover, betul ke weh ? then kalau private boleh ngengade nk pilih kaler ape pon. like me ! pening doc tu nak melayan. haha. yolahh, da bayar mahai2 sukati la kann ? haha *mmg tu klinik abdul nasir ponnnnngg =..=' . 

then mcm aretiiss salu pakai tu, mahai kalau tak silap sbb besi dye tak berape nk nmpak. *aretiss kann, malu la wei pakai braces nmpak sgt gigi dye tak lawa. haha. ;P . so kalau korg tnye berapa harga bendalah kt gigis beta ni, beta just boleh jawab gover range RM1000 - RM2000. Kalau private range RM 4000 n above. *not sure la okey!. sbb ad je yg kena Rm5000, yg kena RM8000 pon adoooo. perghh, kalah harge hantaran ! *gilooo kaye eh kalau jd docte gigis nih ($,$) . then dgr cite jgk, harge nak buat bracess makin lama makin naik. so better lah buat awal2 mne yg mmg berhajat nk pakai tuu ;)


2. BERAPA LAMA DAH PAKAI BRACESS ? KENAPA PAKAI BRACESS ?


Okee masuk tahun ni dah 3year beta pakai besi2 divider kt gigis nih. beta dah start pakai dari form5, april 2009. now dah 2012, n i'm 20 dis yearr. *tua tua tua! =.= . soklan ni plg femes, (kenapa pakai braces ? cantik je dah gigi tu) . haaa, ni after 3 tahun pnye cantik, sbelum 3tahun pnye cantik tak tgk lg. hahaha. kenape pakai bracess ? *apelah kenaaa. jgn tnye soklan mcm budak tak sekolah boleh ! . mmg pakai bendalah ni sesaje nak buang duit jeeee kn! sure2 laa sbb gigis i dulu mcm highway tak siap. Halimah jonggang lagi lawa dr i time tuu. hahaha XD . 



pic from cik google - classssss gigi kau limah XB

3. SAKET TAK ? RIMAS TAK ? CER CITERRR CERR CITERR CAMNE RASENYE PAKAI BRACESS NII .

Saketttttt sangatttttt. rimasss sangatttttt. benci pakaiii bracessssss. tp tu dulu lahhh ! hehe. azab dye awal2 pakai je, lepas2 tu oke dah. sbb time first2 nk pakai dulu, gigis beta kena cabut smpai dua gigi atas dua gigi bawah. total 4batang ! empat2 gigi taring ksygn i. sob sobss :'( . Time cabut gigi tu takde saket mne sbb kena bius, tp time nak tidur mlm bius dah abis start lah jd pontianak. menangisss saket gigi ! yg ni betul2 beta tak tipu, saket kot ! saket gilerrrrrrr ! tp yg best, esok nye tak payah pg skolah. huahaha.

Dan kpd anda anda yg mne hobby tegar dye asik makan makan dan makan mcm beta ni, mmg kena sabar jelah kalau tgk makanan syok2 atas meja. sbb kau hanya boleh bau saje, takleh makan ! grrr, yolahhh sebulan kena makan bubur. for a one month okeee ! oneee monthhhh !!! *jerit kuat2! tp dlm sebulan tu beta bedal jgk makan yg keras keras. tp bile pg check kt docter, nahhh hehh kena tahan sikit lah telinge tu dgn dye pnye syarahan. haha. yolahh, effect dye balik kt kte jugak sbenarnye. sbb lg lambat la kau nak tgl bendalah kt gigis kau nii kalau tak jage makan bebaik. tupasal doc bising sekampung sbb dye da naik muak la asik2 muka ekaww je yg dtg klinik dye. haha

then first2 pakai bracess tu jgk, muka u'olls akan otomatik cengkung mngalahkan mat pit telan ganja seguni. beta ni dah la sememang nye tulang, dipaksa pulak berdiet ! oh my english ~,~ . so mne yg nak kurus tu, sgt di alu2 kan memakai bracess. haha. kalau bab rimas tak rimas pulak, sangat la merimaskan. sbb makan kena jage, nak gosok gigis pon kena ayu2 je. kalau tak abis rabak gigis kau kang. bile bcakap, semua org akn usha tepat pd gigis anda. confirm !

Dan paling best sekali, automatik jadi mcm perempuan melayu terakhir je bile nak senyum or gelak2. haha. nak cakap pon cover2. then sepanjang beta pakai bracess nih, beta selalu failed kalau nk sebut pekataan2 yg sgt byk hurup "S" . contoh : ( LAKSA SHAKE ! SESUATU). kena sebut slow2 baru pass. grr ! then time form5 dulu, hari 1st pakai bracess, satu kelas duk usha pelik. apesal  la minah sorg ni senyap je dlm kelas, kalau tak ari2 dye lah champion kalau dpt mengilai. haha mne tak nye, bile nak bcakap je mesti cover dgn buku. haha. bile cikgu tnye suh jawab soklan, sopan je jawab. wahaha.


SENYUM FASA 1
Dedulu kalau senyum or gelak mesti tutup mulut, bajet ayuuussz =..=

SENYUM FASA 2
Lelame hilang segan dah. haha

sekarang kalau gelak dah xde cover2 dah, tayang abis semua gigi. haha

4. NAK MAKAN CMNE ? KALAU NAK GOSOK GIGI CMNE ? TAK TERTANGGAL KE ?

Nak makan mcm mne ? bukak mulut, telan. senang! haha. makan tak boleh yg keras2 lah syg, or yg liat2 mcm kopok lekor, kacang n semua2 yg agak keras lahh. boleh je kalau nk makan, tp ang tanggung la azab dye lepastu. haha. sbb beta penah je try makan kacang yg dlm nasi lemak ad sekali tu, lepastu satu besi tercabut. degil sgt kan, org ckp jangannnnnn. haha *padan muke. Pastu nk pegi jmpe doc dah takut, nak pasang seniri tak reti. wahaha.

then paling tesyenn bile nk pg dating, sbb kalau pg mkn kt mcd tak boleh nk mkn GCB ke mcduluxe ke ape ke. kalau nk makan pon kena cubit kecik2, pastu telan. haha. sbb kalau ngappp sekali gus, haaa memang senyuman menawan lah lepastuu. beratur je sayur dgn daging beger kt besi2 tu. haha

gosok gigi just mcm biase jelah, pakai berus gigi takde lah pulak kena pakai berus sabut =..= . cuma kena slow2 la bile gosok kt tang besi tuu. kng tsangkut, saket woo rahangg. *selalu kena. haha. then confirm, bile pakai brcess mesti akn selalu dpt ulser mulut. tambah2 kalau byk ckp or tersalah ckp, so byk2 kn lah minum air masak :)

pic from cik google - yekkss, geli kot @.@

5. BERAPA LAMA KENA PAKAI ?

yg ni pnye soklan, sila rujuk doc masing2 oke. haha. sbb ad yg 3tahun, ad yg 4tahun n byk tahun lg lah. beta seniri pon tatau brape tahun lg nk kena pakai bendalah ni. sbb bile tnye doc bile blh bukak, "belum lagi". so redhaaa jelahhh. 

SEDIKIT TIPS DAN NASIHAT :-

~ kalau mne2 yg beniat or behajat nk pakai bracess tu tp still blur nk buat gover or priv, beta sarankan korg pg je servey kt dua2 tmpat dulu. kalau mampu, why not buat terus kt private. senanggg :)

~ kalau pasal price, boleh bincang dgn doc tu dulu. sbb dye seniri akn check n bgtau bpe byk batang gigi nk kena cabut ape sume lepastu doc akn confirm total price yg korg kena bayar. kalau korg dah deal dgn price yg dye kasi, baru lah dye tetap kn tarikh bile2 boleh start treatment. kalau priv, mcm beta dulu time tu dah deal tak sempat nk bismillah, time tu jugak kena cabut 2batang gigis terus . (T,T)

~ even kena 3riban, 4riban or 5riban. takde nye doc tu suruh bayar selonggok time tu jgk sekali gus. korg just kena bayar down payment *hakhak, mcm nk kelua keta sebijik je dah kn. then pg check up just bayar bulan2 jela. tinggi down payment, bulan2 murahh la sikit. kalau down paymnt tinggi, deal la mintak hrge student. *memandai je aku nih. huahaha :P

~ bile da pakai bracess, jge la kesihatan mulut anda. listerin wajib ade ! hoho. then byk2 minum air masak utk elak ulser dari terus berleluasa ;)

~ kalau priv korg boleh la gedik2 ngengade nk pilih kaler ape korg nk. mcm beta salu kaler pebret, hijau turquoise, pink kaler, merah, oren. ahhh semua kaler suka lah. kekadang time ngengade, gigi atas kaler pink, gigi bawah kaler ijau. atas bawah lain2 kaler, ponnn bolehh. tp btempat la, kalau time patient ramai kt lua, tak berani lah nk ngengade. haha. nk pick kaler pon kena brilliant jgk lah, jgn la pilih kaler kuning. dah mcm jagung tsangkut kt gigi je. =='

teringin nk pakai kaler cmni. wuwuw -,-

~ bile da tanggal bracess nt pon korg still kena pakai retainer, kalau tak nt lama2 gigi korg lari balik *macam main kejar2 pulak dah ==' . haa mcm ni la retainerr. 


# to my ellynot, hope beta dah menjawab segala soklan anda. ke ada soklan lg yg anda masih musykil ? boleh PM beta. satu soklan, singgit ! *versi mail dlm upin ipin. haha ;))





TENGS FOR READING :)
-THE END-

Thursday, September 6, 2012

SAYA RINDU AWAK :'(

Assalamualaikum.
Tadi belek2 folder dlm lappy ni yg dah semak gile. kt destop ni smpai dah tak nmpak wallpaper lappy belakang. perghh bkn main lg dye kalau dpt menipu ==". haha. then tgn ni pon tetibe gatai nk click satu folder gmba nih. beta pon scroll down, down, n down. beta pon tgk semua pic yg ad dlm folder tu, dr satu gmba ke satu gmba. setiap gmba mesti buat beta senyum sensorg sbb teringat blk kenangan2 dlm gmba tu :'). but tetibe mata beta tak kelip bila tgk satu gamba ni, automatik rasa sebak. air mata dah betakung, basah jgk pipi. rindu! :'(

awak, sye rindu awk. sampai hati awk tinggal sye kan? kenapa cpt sgt awk pergi tgl kn sye :'(
sye banyak salah dgn awk, sye tak sempat mintak maaf kt awk. sye belum puas nak peluk awk, sye rindu senyuman awk. saya takan lupa semua tu. dari 1st time awk muncul dlm hidup sye, gelak tawa susah senang yg penah kita lalui saye tak pernah lupa. sye ingt sampai ke hari ini. i miss everything about youuu. i love you, i miss you HAJAR NUR AZUREEN


 HAJAR sayang, selamat hari raya maaf zahir batin. Maafkan semua salah silap dea kt kamu sepanjang kite bekawan. hope kmu tenang kt sana disisi Yang Maha Esa. AL-FATIHAH. :')

Jarr, dea rindulah nak mkn kamu pnye kek batik. dulu kalau teringin nk mkn mesti request kt kmu, kompom esok tu kmu buatkan. rindu jgk nak naik bus dgn kmu lg, pastu gelabah tak cukup duit tambang, menangis kt bustop. hehe kmu ingat lagi tak time tu? sweetkan. :')

haishh, rindu nye zaman pakai tudung putih, baju putih, kain biru muda, kasut putih berkapur. zaman kena denda kt perhimpunan, zaman tnggu bus, zaman oder nasi lemak kantin, zaman dating kt koop, zaman ponteng waktu PJ duduk dlm toilet n macam2 benda2 nakal lg lahh. Ya Allah, cepatnye masa berlalu sampai aku terleka. byk sangat nikmatmu yg sudah aku bazirkan dgn sia sia :'(

p/s : hargailah seseorang itu ketika dia masih ada depan mata kita, ketika dia masih di bumi yg nyata bukan ketika dia sudah pergi buat selamanya. Terutama ayah ibu kita :'(